Wednesday, November 3, 2010

PENDAFTARAN PELAJAR SENIOR BALIK L.I

Tarikh : 1 November 2010

Saudara / Saudari Pelajar,


LAPOR DIRI BAGI PELAJAR TAMAT LATIHAN INDUSTRI SESI JUN 2010
(21 JUN – 19 NOVEMBER 2010)

Adalah dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan saudara / saudari dikehendaki mendaftar diri seperti berikut :

TARIKH : 2 DISEMBER 2010 (KHAMIS)
WAKTU : 8.30 AM – 4.00 PM
TEMPAT : DEWAN KULIAH UTAMA
POLITEKNIK MUKAH SARAWAK
PAKAIAN : KEMAS, BERSIH, SOPAN, MENUTUP AURAT &
BERAMBUT PENDEK (LELAKI)

3. Saudara / saudari diingatkan supaya membawa perkara-perkara berikut untuk dikemukakan di kaunter pendaftaran pada tarikh yang dinyatakan di atas:

a. Surat Pengesahan Tamat Latihan yang telah dilengkapkan/dicop oleh firma/syarikat (Borang warna Hijau di buku log)
b. Borang Penilaian Prestasi Oleh Organisasi (Borang warna biru di buku log)
c. Buku Laporan Harian (Buku Log) yang telah lengkap ditulis dan ditandatangani.
d. Laporan Latihan Industri (telah siap 100% termasuk muka depan & belakang, tidak lagi di ‘binding’ dan dimasukkan dalam sampul surat)
e. Yuran pendaftaran dan bayaran-bayaran lain (Sila rujuk laman web Politeknik Mukah)

4. Pelajar-pelajar hanya dibenarkan menduduki kamsis selepas selesai pendaftaran di kaunter Latihan Industri dan menjelaskan yuran pengajian dan kamsis. Para pelajar boleh melayari http://www.pmu.edu.my/ untuk mendapatkan maklumat dan kaedah pembayaran yuran.

5. Sewaktu pendaftaran, pelajar adalah tidak dibenarkan untuk menghampiri mana-mana kawasan aktiviti Minggu Suai Kenal Sesi Disember 2010 berlangsung. Kegagalan untuk mematuhi peraturan ini akan dikenakan tindakan disiplin.

6. Untuk makluman, pelajar yang telah mendaftar pengajian diwajibkan untuk mendaftar modul-modul ulangan atau semasa sebelum dibenarkan mengikuti kuliah. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai pendaftaran tersebut anda boleh merujuk Pegawai Pendaftar Modul di jabatan masing-masing.

7. Untuk pengetahuan semua, Kerajaan Malaysia telah menanggung kos sebanyak RM 5,000.00 setahun dalam bentuk penyediaan prasarana pendidikan bagi setiap pelajar yang melanjutkan pelajaran ke Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM).

Sekian. harap maklum.